IPOH: Seorang bekas guru sebuah taska dihadapkan semula di mahkamah di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak di bawah jagaannya sehingga menyebabkan mangsa mati lemas, April tahun lepas.
S. Esther Christina, 59, mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Ainul Shahrin Mohamad.
Pada 12 Julai lepas, wanita itu didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sama.
Mengikut pertuduhan, Esther Christina yang mempunyai pemeliharaan ke atas V. Thanes Nair, 4, didakwa telah meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan dan pemeliharaan untuk satu tempoh yang tidak berpatutan.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di kolam renang The Centro Club, Bandar Baru Sri Klebang di sini pada 10.20 pagi, 17 April 2023 mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon Silvaraj menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan, tertuduh tidak boleh mendekati keluarga mangsa atau saksi, selain perlu melapor diri di balai polis sekali setiap bulan.
Peguam Gary Xavier yang mewakili tertuduh merayu jaminan dikekalkan seperti sebelum ini iaitu RM2,500 dengan seorang penjamin atas alasan tertuduh menjalani pembedahan barah otak dan kini sedang mendapatkan rawatan susulan serta mengambil ubat antisawan, selain tidak lagi bekerja dan menanggung ibunya yang berusia 80 tahun serta turut memberikan kerjasama semasa siasatan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mac untuk sebutan semula kes.
Terdahulu di Mahkamah Majistret di sini, Majistret Siti Nora Sharif melepas tanpa membebaskan (DNAA) Esther Christina daripada pertuduhan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan sebelum kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Sesyen.
Kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia pada 23 April 2023, setelah enam hari bertarung nyawa di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Ibu mangsa D. Nilaveni, 41, turut dilihat hadir dengan wajah sugul di mahkamah mengendong anak patung serta membawa beg kanak-kanak bersama botol susu dipercayai milik mendiang anaknya. Beliau ditemani suaminya V. Vijay, 44.
Sebelum ini juga tular video tindakan ibu bapa kanak-kanak itu berjalan kaki tanpa kasut dari Bandar Baru Sri Klebang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dengan memegang sepanduk "Justice For Thanes" mengundang perhatian netizen apabila memaklumkan berbuat demikian demi menuntut keadilan kematian anak mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
S. Esther Christina mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Ainul Shahrin Mohamad. - Gambar Bernama
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Hotel bertanggungjawab atas kematian warga China di kolam renang - Mahkamah Rayuan
Ibu bapa mangsa telah mengemukakan saman terhadap hotel berkenaan dengan menuntut ganti rugi atas kematian anak mereka.
Identiti mangsa lemas Pandan Lake View dikenal pasti
Wanita itu merupakan warga tempatan berusia 53 tahun.
Bekas guru taska kekal pengakuan tidak bersalah abai kanak-kanak hingga mati lemas
Seorang bekas guru sebuah taska dihadapkan semula di mahkamah di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak di bawah jagaannya sehingga menyebabkan mangsa mati lemas, April tahun le
Jumlah mangsa banjir catat sedikit penurunan tengah hari ini - Nadma
Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 13,529 orang yang ditempatkan di 38 PPS di empat daerah.
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan, Selangor dan Perak terus meningkat pagi ini
Portal publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang ketika ini berada di tahap bahaya dengan bacaan 4.29 meter setakat 8.30 pagi.
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang daripada 89 keluarga malam ini, berbanding 156 orang daripada 45 keluarga pagi tadi.
Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.
Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Kegembiraan empat rakan mandi-manda diragut tragedi lemas
Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah bergegas ke lokasi kejadian.